55 - Surat Ar-Rahman, Medinan, 78 verses
55- سورة الرحمن, مدنية, 78 آية
Arabic
بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
الرَّحمٰنُ ﴿١﴾ عَلَّمَ
القُرءانَ ﴿٢﴾ خَلَقَ الإِنسٰنَ ﴿٣﴾ عَلَّمَهُ
البَيانَ ﴿٤﴾ الشَّمسُ وَالقَمَرُ
بِحُسبانٍ ﴿٥﴾ وَالنَّجمُ وَالشَّجَرُ
يَسجُدانِ ﴿٦﴾ وَالسَّماءَ رَفَعَها وَوَضَعَ
الميزانَ ﴿٧﴾ أَلّا تَطغَوا فِى
الميزانِ ﴿٨﴾ وَأَقيمُوا الوَزنَ بِالقِسطِ وَلا
تُخسِرُوا الميزانَ﴿٩﴾ وَالأَرضَ وَضَعَها
لِلأَنامِ ﴿١٠﴾ فيها فٰكِهَةٌ وَالنَّخلُ ذاتُ
الأَكمامِ ﴿١١﴾ وَالحَبُّ ذُو العَصفِ
وَالرَّيحانُ ﴿١٢﴾ فَبِأَىِّ ءالاءِ رَبِّكُما
تُكَذِّبانِ ﴿١٣﴾ خَلَقَ الإِنسٰنَ مِن صَلصٰلٍ
كَالفَخّارِ﴿١٤﴾ وَخَلَقَ الجانَّ مِن مارِجٍ
مِن نارٍ ﴿١٥﴾ فَبِأَىِّ ءالاءِ رَبِّكُما
تُكَذِّبانِ ﴿١٦﴾ رَبُّ المَشرِقَينِ وَرَبُّ
المَغرِبَينِ ﴿١٧﴾
فَبِأَىِّ ءالاءِ رَبِّكُما
تُكَذِّبانِ ﴿١٨﴾ مَرَجَ البَحرَينِ
يَلتَقِيانِ ﴿١٩﴾بَينَهُما بَرزَخٌ لا يَبغِيانِ ﴿٢٠﴾ فَبِأَىِّ
ءالاءِ رَبِّكُما تُكَذِّبانِ ﴿٢١﴾ يَخرُجُ
مِنهُمَا اللُّؤلُؤُ وَالمَرجانُ ﴿٢٢﴾ فَبِأَىِّ
ءالاءِ رَبِّكُما تُكَذِّبانِ ﴿٢٣﴾ وَلَهُ
الجَوارِ المُنشَـٔاتُ فِى البَحرِ كَالأَعلٰمِ ﴿٢٤﴾ فَبِأَىِّ
ءالاءِ رَبِّكُما تُكَذِّبانِ ﴿٢٥﴾ كُلُّ
مَن عَلَيها فانٍ ﴿٢٦﴾ وَيَبقىٰ
وَجهُ رَبِّكَ ذُو الجَلٰلِ وَالإِكرامِ ﴿٢٧﴾ فَبِأَىِّ
ءالاءِ رَبِّكُما تُكَذِّبانِ ﴿٢٨﴾ يَسـَٔلُهُ مَن فِى
السَّمٰوٰتِ وَالأَرضِ ۚ كُلَّ يَومٍ هُوَ فى شَأنٍ ﴿٢٩﴾ فَبِأَىِّ ءالاءِ
رَبِّكُما تُكَذِّبانِ ﴿٣٠﴾ سَنَفرُغُ
لَكُم أَيُّهَ الثَّقَلانِ ﴿٣١﴾ فَبِأَىِّ
ءالاءِ رَبِّكُما تُكَذِّبانِ ﴿٣٢﴾ يٰمَعشَرَ
الجِنِّ وَالإِنسِ إِنِ استَطَعتُم أَن تَنفُذوا مِن أَقطارِ السَّمٰوٰتِ
وَالأَرضِ فَانفُذوا ۚ لا تَنفُذونَ إِلّا بِسُلطٰنٍ ﴿٣٣﴾ فَبِأَىِّ
ءالاءِ رَبِّكُما تُكَذِّبانِ﴿٣٤﴾ يُرسَلُ
عَلَيكُما شُواظٌ مِن نارٍ وَنُحاسٌ فَلا تَنتَصِرانِ ﴿٣٥﴾ فَبِأَىِّ
ءالاءِ رَبِّكُما تُكَذِّبانِ ﴿٣٦﴾ فَإِذَا
انشَقَّتِ السَّماءُ فَكانَت وَردَةً كَالدِّهانِ ﴿٣٧﴾ فَبِأَىِّ
ءالاءِ رَبِّكُما تُكَذِّبانِ ﴿٣٨﴾ فَيَومَئِذٍ
لا يُسـَٔلُ عَن ذَنبِهِ إِنسٌ وَلا جانٌّ ﴿٣٩﴾ فَبِأَىِّ
ءالاءِ رَبِّكُما تُكَذِّبانِ ﴿٤٠﴾ يُعرَفُ
المُجرِمونَ بِسيمٰهُم فَيُؤخَذُ بِالنَّوٰصى وَالأَقدامِ ﴿٤١﴾ فَبِأَىِّ
ءالاءِ رَبِّكُما تُكَذِّبانِ ﴿٤٢﴾ هٰذِهِ
جَهَنَّمُ الَّتى يُكَذِّبُ بِهَا المُجرِمونَ﴿٤٣﴾ يَطوفونَ
بَينَها وَبَينَ حَميمٍ ءانٍ ﴿٤٤﴾ فَبِأَىِّ
ءالاءِ رَبِّكُما تُكَذِّبانِ ﴿٤٥﴾ وَلِمَن
خافَ مَقامَ رَبِّهِ جَنَّتانِ ﴿٤٦﴾ فَبِأَىِّ
ءالاءِ رَبِّكُما تُكَذِّبانِ ﴿٤٧﴾ ذَواتا
أَفنانٍ ﴿٤٨﴾ فَبِأَىِّ
ءالاءِ رَبِّكُما تُكَذِّبانِ ﴿٤٩﴾ فيهِما
عَينانِ تَجرِيانِ ﴿٥٠﴾ فَبِأَىِّ
ءالاءِ رَبِّكُما تُكَذِّبانِ ﴿٥١﴾ فيهِما
مِن كُلِّ فٰكِهَةٍ زَوجانِ ﴿٥٢﴾ فَبِأَىِّ
ءالاءِ رَبِّكُما تُكَذِّبانِ ﴿٥٣﴾ مُتَّكِـٔينَ
عَلىٰ فُرُشٍ بَطائِنُها مِن إِستَبرَقٍ ۚ وَجَنَى الجَنَّتَينِ دانٍ ﴿٥٤﴾ فَبِأَىِّ
ءالاءِ رَبِّكُما تُكَذِّبانِ﴿٥٥﴾ فيهِنَّ
قٰصِرٰتُ الطَّرفِ لَم يَطمِثهُنَّ إِنسٌ قَبلَهُم وَلا جانٌّ ﴿٥٦﴾ فَبِأَىِّ ءالاءِ
رَبِّكُما تُكَذِّبانِ ﴿٥٧﴾ كَأَنَّهُنَّ
الياقوتُ وَالمَرجانُ ﴿٥٨﴾ فَبِأَىِّ ءالاءِ
رَبِّكُما تُكَذِّبانِ ﴿٥٩﴾ هَل
جَزاءُ الإِحسٰنِ إِلَّا الإِحسٰنُ ﴿٦٠﴾ فَبِأَىِّ
ءالاءِ رَبِّكُما تُكَذِّبانِ ﴿٦١﴾ وَمِن
دونِهِما جَنَّتانِ ﴿٦٢﴾ فَبِأَىِّ
ءالاءِ رَبِّكُما تُكَذِّبانِ ﴿٦٣﴾ مُدهامَّتانِ ﴿٦٤﴾ فَبِأَىِّ
ءالاءِ رَبِّكُما تُكَذِّبانِ ﴿٦٥﴾ فيهِما
عَينانِ نَضّاخَتانِ ﴿٦٦﴾ فَبِأَىِّ
ءالاءِ رَبِّكُما تُكَذِّبانِ ﴿٦٧﴾ فيهِما فٰكِهَةٌ
وَنَخلٌ وَرُمّانٌ ﴿٦٨﴾ فَبِأَىِّ
ءالاءِ رَبِّكُما تُكَذِّبانِ﴿٦٩﴾ فيهِنَّ
خَيرٰتٌ حِسانٌ ﴿٧٠﴾ فَبِأَىِّ
ءالاءِ رَبِّكُما تُكَذِّبانِ ﴿٧١﴾ حورٌ مَقصورٰتٌ فِى
الخِيامِ ﴿٧٢﴾ فَبِأَىِّ
ءالاءِ رَبِّكُما تُكَذِّبانِ ﴿٧٣﴾ لَم
يَطمِثهُنَّ إِنسٌ قَبلَهُم وَلا جانٌّ ﴿٧٤﴾ فَبِأَىِّ
ءالاءِ رَبِّكُما تُكَذِّبانِ ﴿٧٥﴾ مُتَّكِـٔينَ
عَلىٰ رَفرَفٍ خُضرٍ وَعَبقَرِىٍّ حِسانٍ ﴿٧٦﴾ فَبِأَىِّ
ءالاءِ رَبِّكُما تُكَذِّبانِ ﴿٧٧﴾ تَبٰرَكَ اسمُ رَبِّكَ
ذِى الجَلٰلِ وَالإِكرامِ ﴿٧٨﴾
Malay
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi
Maha Mengasihani.
(1) (Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah
rahmatNya. (2) Dia lah yang telah mengajarkan
Al-Quran. (3) Dia lah yang telah mengajarkan
Al-Quran. (4) Dia lah yang telah membolehkan manusia
(bertutur) memberi dan menerima kenyataan. (5) Matahari dan
bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu; (6) Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon
kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturanNya. (7) Dan langit dijadikannya (bumbung) tinggi, serta Ia
mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan, (8) Supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan
keadilan; (9) Dan betulkanlah cara menimbang itu
dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang. (10) Dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan
makhluk-makhlukNya yang lain: (11) Terdapat padanya
berbagai jenis buah-buahan dan pohon-pohon kurma yang ada kelopak-kelopak
mayang; (12) Demikian juga terdapat biji-bijian yang
ada jerami serta daun, dan terdapat lagi bunga-bungaan yang harum; (13) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu,
yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?(14) Ia menciptakan manusia (lembaga Adam) dari tanah liat
kering seperti tembikar, (15)Dan Ia telah menciptakan jin dari lidah api
yang menjulang-julang; (16) Maka yang mana satu di antara
nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (17) (Dia lah) Tuhan yang mentadbirkan dua timur, dan Tuhan
yang mentadbirkan dua barat. (18) Maka yang mana
satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (19) Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar)
mengalir, sedang keduanya pula bertemu; (20) Di antara
keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui
sempadannya;(21) Maka yang mana satu di antara
nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?(22) Dari kedua laut itu, keluar mutiara dan marjan; (23) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu,
yang kamu hendak dustakan? (24) Dan Dia lah yang
menguasai kapal-kapal yang belayar di laut, yang kembang tinggi layarnya
seperti gunung-ganang; (25)Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat
Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (26)Segala yang ada di
muka bumi itu akan binasa: (27) Dan akan kekalah
Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan: (28) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu,
yang kamu hendak dustakan? (29) Sekalian makhluk
yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepadaNya.
Tiap-tiap masa Ia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan
makhluk-makhlukNya)! (30) Maka yang mana satu di antara
nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan)? (31) Kami hanya akan menguruskan hitungan dan balasan amal kamu
sahaja (pada hari kiamat,) wahai manusia dan jin! (32) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu,
yang kamu hendak dustakan? (33) Wahai sekalian
jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit
dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah
kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu
kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat)! (34) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu,
yang kamu hendak dustakan? (35) Kamu (wahai
golongan yang kufur ingkar dari kalangan jin dan manusia) akan ditimpakan
dengan api yang menjulang-julang dan leburan tembaga cair (yang membakar);
dengan yang demikian, kamu tidak akan dapat mempertahankan diri (dari azab
seksa itu); (36) Maka yang mana satu di antara
nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (37) Selain itu (sungguh ngeri) ketika langit pecah-belah lalu
menjadilah ia merah mawar, berkilat seperti minyak; (38) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu,
yang kamu hendak dustakan? (39) Pada masa itu
tiada sesiapapun, sama ada manusia atau jin, yang akan ditanya tentang dosanya
(kerana masing-masing dapat dikenal menurut keadaannya); (40) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu,
yang kamu hendak dustakan? (41) Orang-orang yang
berdosa dapat dikenal dari tanda-tandanya, lalu dipegang dari atas kepala dan
kakinya (serta diseret ke neraka); (42) Maka yang mana
satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (43) (Lalu dikatakan kepada mereka): "Inilah neraka
Jahannam yang selalu orang-orang yang berdosa mendustakannya ".(44) Mereka (terus diseksa) berulang-ulang di antara api neraka
dengan air yang menggelegak yang cukup masak panasnya! (45) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang
kamu hendak dustakan? (46) Dan orang yang takut akan keadaan
dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua
Syurga, - (47) Maka yang mana satu di antara
nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (48) (Dua Syurga) yang ada berjenis-jenis pohon dan
buah-buahan; - (49) Maka yang mana satu di antara
nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (50) Pada kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang
mengalir; - (51) Maka yang mana satu di antara
nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan. (52) Pada kedua Syurga itu terdapat dua macam dari tiap-tiap
jenis buah-buahan (yang biasa dan yang luar biasa). (53) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu,
yang kamu hendak dustakan? (54) Mereka (bersenang-senang
di tempat masing-masing dalam Syurga itu dengan) berbaring di atas
hamparan-hamparan, yang lapisan-lapisan sebelah dalamnya - dari sutera tebal
yang bersulam; dan buah-buahan kedua-dua Syurga itu dekat (kepada mereka) untuk
dipetik. (55) Maka yang mana satu di antara
nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (56) Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang
pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh
sebelum mereka oleh manusia dan jin; (57) Maka yang mana
satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (58) Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata
delima dan marjan. (59) Maka yang mana satu di antara
nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (60) Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik - melainkan
balasan yang baik juga? (61) Maka yang mana satu di antara
nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (62) Dan selain dari dua Syurga itu, dua Syurga lagi (untuk
menjadi balasan bagi golongan peringkat yang kedua); (63) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu,
yang kamu hendak dustakan? (64) Kedua-duanya
menghijau subur tanamannya; (65) Maka yang mana
satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (66) Dalam kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang terus
menerus memancutkan airnya: (67) Maka yang mana
satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (68) Pada keduanya juga terdapat buah-buahan, serta pohon-pohon
kurma dan delima, (69) Maka yang mana satu di antara
nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (70) Dalam kedua-dua Syurga itu juga terdapat (teman-teman)
yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya; (71) Maka yang mana
satu di antara nikmat-nikmat tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (72) Ia itu bidadari-bidadari, yang hanya tinggal tetap di
tempat tinggal masing-masing; (73) Maka yang mana
satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (74) (Bidadari-bidadari itu) tidak pernah disentuh sebelum
mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin; (75) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu,
yang kamu hendak dustakan? (76) Penduduk Syurga
itu (bersenang-senang di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal dan)
cadar-cadar yang hijau warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat
indah. (77) Maka yang mana satu di antara
nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (78) Maha Sucilah nama Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan
Kemuliaan.
ليست هناك تعليقات:
إرسال تعليق